KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan mengadakan persidangan agung tahunan pertama parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) pada 13 Nov ini.
Presidennya Datuk Seri Hajiji Noor berkata persidangan sehari itu akan dihadiri oleh perwakilan serta pemerhati dari 73 bahagian Gagasan Rakyat serta wakil dari Labuan.
"Kita anggarkan lebih daripada 2,000 perwakilan akan menghadiri (persidangan agung tahunan), mungkin lebih ramai lagi kalau ada pemerhati lain yang datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di sini, pada Jumaat.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri berkata persidangan itu melibatkan perwakilan daripada sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.
Menurut Hajiji antara perkara yang akan dibahaskan sepanjang persidangan itu termasuk ucapan dasar presiden serta usul pindaan perlembagaan parti berkenaan.
Sementara itu, Hajiji berkata setakat ini Gagasan Rakyat mempunyai lebih 200,000 ahli dan menyasarkan keahlian parti itu mencecah 300,000 orang menjelang Disember ini.
Pada 5 Feb lepas, dalam Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu, Hajiji dipilih secara rasmi sebagai Presiden Gagasan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Menurut Hajiji antara perkara yang akan dibahaskan sepanjang persidangan itu termasuk ucapan dasar presiden serta usul pindaan perlembagaan parti berkenaan. - Gambar fail
[TERKINI] Kerajaan sudah kenal pasti calon Pengerusi SPR
Ini laporan yang baharu kami terima.
Kerajaan sudah mengenal pasti calon jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu.
Kerajaan sudah mengenal pasti calon jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu.
"Arwah alami kekejangan lepas solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri
Isteri Nabil Zamanhuri memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang baik ketika selesai menunaikan solat subuh, pagi tadi.
Agong berkenan santuni duyufurrahman negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1445H/2024 hari ini.
RM189 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran sehingga akhir 2023 - KWSP
Barisan pengurus dana luaran KWSP menghasilkan pulangan yang baik tahun lepas dengan mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi.
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.
Ahmad Zahid raikan komuniti, pelajar Malaysia di Shanghai
Pelajar dan rakyat Malaysia di China dianggap sebagai duta kecil dan mereka perlu menjaga imej negara dengan menolak tohmahan serta menjawab segala prejudis serta salah faham berkaitan Malaysia.
Subsidi bersasar diesel : KPDN, PDCK pertingkat langkah elak ketirisan di sempadan
KPDN Kelantan dan Persatuan Pakatan Dealer-dealer Caltex Kelantan akan bekerjasama membanteras ketirisan subsidi di sempadan Malaysia-Thailand.
Empat kapal AS jalankan operasi bantuan ke Gaza tersadai
Empat kapal tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyokong pembinaan jeti sementara untuk menghantar bantuan ke Gaza terkandas di laut dan Israel sedang membantu usaha menyelamatkannya, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM).
Pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital meningkat kepada 280 orang
Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 meningkat kepada 280 orang sepanjang minggu lalu, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.
Menteri Kewangan 2 umum perincian dalam masa terdekat
Segala perincian, termasuk berkaitan mekanisme penyelarasan subsidi diesel secara bersasar akan dijelaskan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam masa terdekat.
Untuk perinciannya terus bersama Ridauddin Daud yang melaporkan selepas sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Untuk perinciannya terus bersama Ridauddin Daud yang melaporkan selepas sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persidangan Agung Tahunan Bersatu pada 12 -13 November depan
Persidangan Agung Tahunan (PAT) Parti Bersatu akan diadakan dari 12 hingga 13 Nov depan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Persidangan Agung Tahunan Bersatu 18-19 Disember
Persidangan peringkat cawangan akan diadakan 9 hingga 30 Okt, peringkat bahagian 12-14 Nov.